Friday, November 7, 2008

Agar-agar koktel

sesuai sebagai pencuci mulut dan juga juadah berbuka
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar-agar
1.5 liter air(5 gelas)
100ml(1/2 cwn) susu cair
200g gula
1 tin besar koktel
2 helai daun pandan

Cara-cara

Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.




No comments: